Monday, October 6, 2008

Ulasan Senario (MOVIE)

4 October 2008
At first nak pergi menonton tayangan filem K.A.M.I yang ditayangkan dipawagam seluruh negara. So plan ke Setiawan pergi menonton di pawagam yg baru dinaiktarafkan. Alangkah malangnya filem itu tidak ditayangkan disitu. So, pergi ke TLDM pula utk bermain bowling namun pusat boling dlm kem tu pon tutup. Nak taknak g tgk la filem senario tu. Dlm iklan di televisyen ada la sikit yang bleh attract the attention untuk tgk the full movie.

Ulasan Movie : *1/2 (2 bintang)

Filem ini merupakan filem arahan pertama sutradara ahmad idham. Rating yg aku bagi 1 setengah bintang daripada 5 bintang. Lagi bagus drama (rtm,tv3,tv9,tv8) yg ditayangkan di televisyen berbanding filem ini. Harga tiket yang begitu mahal walaupun RM 9.00 namun ianya tidak berbaloi bagi aku untuk filem semurah ini. Murah bukan bermaksud kos filem ini murah, tetapi murah dari segi mutu, lakonan, isi cerita, aksi lawak, idea, dan segala-galanya la.
Yang boleh dipuji adalah lakonan Mazlan Pet Pet yang banyak memberikan lakonan yang selamba dan lawak yang boleh diterima di dalam filem ini. Wahid senario, sebagaimana yg kita ketahui dia dikenali sbg mat kecoh, mat poyo dan loghat perak dia tidak boleh diterima sama sekali. Saya mengakui bahawa loghat perak merupakan satu loghat yg boleh dijadikan idea utk filem komedi. Namun, cara percakapan menggunakan loghat perak yg digunakan oleh wahid ini amat memalukan org perak sendiri. Saya adalah org perak sejati. Loghat yg terlampau , aksi yg menjengkelkan membuatkan saya menyampah degan karekter Wahid. Bagi lakonan azlee pula, saya merasakan lakonan dia hanya setaraf dengan lakonan budak tadika. Lakonan teater di ipta/ipts lebih berkualiti dari lakonan beliau.
Industri Filem Malaysia memerlukan satu filem yang berkualiti. Walaupun aku bukan la org yg pakar ataupun berpengetahuan dalam industri ini, namun aku boleh menilai dan memberikan idea. Aku rasa untuk penggiat2 filem, buatla filem yang boleh buat org berfikir secara cerdik bukan berfikir utk menjadi bodoh.
Filem yg aku cadangkan ialah, filem berkisarkan seni mempertahankan diri (silat), sejarah negara (klasik), fakta ( mcm cite bilut). Pemilihan pelakon perlu la dibuat secara detail. Jgn pakai tangkap muat je. -will be continue-



No comments: