Friday, October 10, 2008

Bola Sepak Malaysia

                 Satu ketika dahulu, pasukan bola sepak Malaysia adalah satu pasukan yang amat digeruni setiap pasukan lawan.  Namun keadaan sudah berubah sekarang di mana pasukan kebangsaan kita sering dipandang rendah oleh setiap pihak termasuk saya sendiri.  Persembahan buruk pasukan kebangsaan dipengaruhi oleh persembahan pasukan-pasukan yang bertanding di dalam liga Malaysia (superleague).  Sudah pelbagai jurulatih yang berkualiti, perlawanan persahabatan   di aturkan, namun kesudahannya tetap sama malah lebih teruk lagi.  Sebenarnya apa yang berlaku?  

               Dari padangan mata saya, pasukan kebangsaan kita ini hanya menggunakan pemain-pemain yang sama sahaja.  Lihat saja di bahagian pertahanan,  Nur Hafiz Zamani Mismah, KhairolNisam Shabudin sahaja yang mengisi posisi pertahanan tengah.  Kalau tidak silap saya, sudah hampir 3-4 tahun ini hanya mereka berdua sahaja yang layak.  Di manakah Victor Andrag yang saya rasa pertahanan paling kebal, agresif, pantas (bekas atlet 400 meter Kedah), dan bijak.  Selama Kedah menguasai liga di Malaysia ini, tidak pernah langsung diberi ruang kepada Victor untuk mengisi kesebelasan utama pasukan kebangsaan.  Bagi posisi penyerang pula, sudah naik muntah nak dgr nama Safee Salie, Akmal Rizal.  Walaupun Khalid Jamlus mempunyai masalah disiplin, namun sepatutnya beliau diberi ruang untuk mengisi posisi penyerang kebangsaan.  Selain dari itu, Bobby Gonzalez dari Sabah juga patut diberi perhatian.  

           Kebijaksanaan juga perlu ada pada setiap pemain.  Oleh itu bukan saja pemain perlu bijak, namun pihak pengurusan juga perlu bijak dalam mencongak pengurusan dalam Persatuan F.A.M untuk dirombak sekali gus menukar cara yang digunakan sebelum ini kepada cara yang baru dalam impian kita untuk mencapai satu pasukan bola yang digeruni dan dihormati seperti mana pasukan England, Brazil, France, Italy, Holland. Selamat berjaya di dalam Pestabola Merdeka 2008 dari Muhammad Nabil bin Saleh.  Cintakan Malaysia!

2 comments:

Mr. Shah Zain said...

yes.. mr nabil shebby.. !! nak wat camne.. bola negare kite ni ade istilah KRONI. tak abis2, player selangor, pahang yang isi tempat player kebangsaan.. kalau player2 mude kite diberi pluang lebih kerap.. mungkin suasana berubah

SogEkiNg said...

SALAM...
agak teruk jugaklah nadi bolasepak kita sekarang tp kita tak boleh lupe pd team sccer kid mgkin ade pmain2 yg kta blh harapkn utk our intrntnal team akn datng...
pesta bola merdeka mgkin ader mnnjkkn sdkit mnnjol prestsi bla spak kta dan gol sphie ali antara yg terbaik dan mgkin akan dibanggakn smpai msuk axpn sperti gk samsuri dlu yang shoot dr jauh dan mgkin itu sajer jasa bla sepak kita stakat ini utk dibanggakn diserata dunia...